Ikuti Kami:

Cipta Sejarah, IU Jadi Penyanyi Wanita Korea Pertama Adakan Konsert Di Stadium Olimpik Jamsil

Cipta Sejarah, IU Jadi Penyanyi Wanita Korea Pertama Adakan Konsert Di Stadium Olimpik Jamsil

IU telah membuktikan popularitinya sebagai penyanyi solo di Korea Selatan!

Terbaru pada 27 Julai, IU telah melancarkan poster bagi konsertnya akan datang “The Golden Hour”, yang akan berlangsung di Stadium Olimpik Jamsil selama dua hari iaitu pada 17 dan 18 September ini.

Untuk pengetahuan, Stadium Olimpik Jamsil ialah stadium paling besar di Korea Selatan dengan kapasiti tempat duduk sebanyak 69,950.

Pada masa lalu, hanya kumpulan H.O.T., SHINHWA, G.O.D, Jo Yong-pil, TVXQ, Lee Seung-hwan, Lee Seung-chul, JYJ, Lee Moon-sae, Seo Tai-ji, EXO dan BTS sahaja yang pernah membuat persembahan di tempat berkapasiti hampir 70,000 orang.

Dengan pengumuman terbaru itu, IU akan menjadi artis wanita Korea pertama dalam sejarah yang akan membuat persembahan di Stadium Olimpik Jamsil. Fuh bukan biasa-biasa tau!

Seronoknya yang dapat pergi!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...