Ikuti Kami:

“Saya Terfikir..” – Penulis Bincang Kemungkinan Musim Ke-4 ‘Dr Romantic’

“Saya Terfikir..” – Penulis Bincang Kemungkinan Musim Ke-4 ‘Dr Romantic’

Baru sahaja seminggu menamatkan siaran, namun ramai yang sebenarnya sudah ternanti-nanti musim terbaru “Dr Romantic”.

Dalam sebuah temubual rasmi, penulis drama itu, Kang Eun-kyung mengakui bahawa dia banyak menerima pertanyaan sama ada musim ke-4 sedang dalam pembikinan.

Jawabnya,

Sebenarnya, saya tak sangka akan menulis musim kedua selepas musim pertama tamat. Ketika musim kedua tamat, saya terfikir sama ada boleh menyambung ke musim ketiga. Sekarang juga, saya tengah berfikir sekiranya ‘musim ke-4 boleh dihasilkan?’. Tapi saya berasa sangat bersyukur apabila ada yang menantikan kami lagi.

dr romantic 4

Bukan itu sahaja, wanita tersebut menjelaskan bahawa kemunculan Yoo Yeon-seok yang merupakan watak utama musim pertama sudah pun dirancang semasa awal penghasilan musim ketiga.

Awak juga boleh melihat kemunculan Yoon Seo-jung (Seo Hyun-jin) di akhir epilog sebagai kesinambungan kepada plot itu.

Untuk pengetahuan, “Dr Romantic” membawa kisah sekumpulan doktor yang cuba menyelamatkan nyawa di sebuah hospital usang bernama Doldam.

Tolong lah tayang “Dr Romantic 4”.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...