Ikuti Kami:

‘Dr Romantic 3’ Berakhir Dengan Rating Terbaik, Kemunculan Watak Lama Ramal Plot Musim Ke-4

‘Dr Romantic 3’ Berakhir Dengan Rating Terbaik, Kemunculan Watak Lama Ramal Plot Musim Ke-4

Akhirnya, “Dr Romantic 3” menamatkan siaran kelmarin!

[Amaran SPOILER]

Selepas kekalutan yang melanda Hospital Doldam dan Pusat Trauma di situ, akhirnya kesemua kakitangan perubatan berjaya mengharungi insiden cemas apabila pusat itu terbakar.

Meskipun ada yang bergadai nyawa namun kebanyakan dari staf di situ menjumpai bahagia mereka. Walau bagaimanapun, penonton tak sabar menantikan musim ke-4 “Dr Romantic” apabila episod terakhir kelmarin memaparkan epilog di mana Yoon Seo-jung (Seo Hyun-jin) yang merupakan watak penting musim pertama kembali ke Hospital Doldam selepas bersembang bersama kekasihnya, Kang Dong-joo (Yoo Yeon-seok).

dr romantic 3

Menurut Nielsen Korea, episod penamat tersebut meraih rating sebanyak 16.8% di mana ia merupakan catatan terbaik untuk musim ketiga ini. Malah ia menduduki tempat pertama bagi kesemua drama siri mini bagi hari Sabtu.

Walau bagaimanapun, musim kali ini tidak dapat bersaing dengan musim lalu dek gagal melepasi rating terbaik yang dicatatkan ketika musim pertama ialah sebanyak 29%.

Korang dah habis layan ke?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...