Utama Drama Korea Pertembungan Yoo Yeonseok & Ahn Hyoseop Jadi Perhatian, ‘Dr Romantic 3’ Raih...

Pertembungan Yoo Yeonseok & Ahn Hyoseop Jadi Perhatian, ‘Dr Romantic 3’ Raih Rating Tertinggi

yoo yeonseok ahn hyoseop

Akhirnya selepas sekian lama menanti, bintang musim pertama “Dr Romantic” kembali membuat kejutan dalam musim ketiga drama SBS itu.

Dalam episod terbaru itu, Yoo Yeon-seok yang membawa watak Kang Dong-joo semasa musim pertama kembali sebagai ‘pelan A’ Dr Kim yang mahu memastikan kelancaran Pusat Trauma di Hospital Doldam.

Diberikan tanggungjawab untuk menguruskan pusat berkenaan, Kang Dong-joo sepertinya mungkin tidak akan ‘sebulu’ dengan Seo Woo-jin (Ahn Hyo-seop) memandangkan mereka merupaka pakar GS (general surgery) di hospital berkenaan.

dr romantic 3

Dek kemunculan istimewa itu, “Dr Romantic 3” berjaya mencapai tingkat rating tertinggi sepanjang tayangannya iaitu sebanyak 14.4%.

Nantikan perkembangan episod akan datang dan bagaimana watak Kang Dong-joo akan membawa nafas baru buat hospital berkenaan.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

SUMBERNielsen Korea
Loading...