Ikuti Kami:

“Nampak Realistik” – Lakonan Sedih Ahn Hyoseop Dalam ‘Dr Romantic 3’ Dipuji

“Nampak Realistik” – Lakonan Sedih Ahn Hyoseop Dalam ‘Dr Romantic 3’ Dipuji

Sepertinya lakonan menakjubkan Ahn Hyo-seop di dalam episod terbaru “Dr Romantic 3” menjadi bualan ramai kini.

Dalam episod terbaru ini, Seo Woo-jin (Ahn Hyo-seop) dan Park Eun-tak (Min Min-jae) telah bertungkus-lumus menyelamatkan para mangsa di bawah runtuhan bangunan. Meskipun mengalami situasi genting sendiri, mereka tetap mendahulukan tugasan sebagai seorang pegawai perubatan.

Walau bagaimanapun, malang tidak berbau apabila Seo Woo-jin ditimpa kemalangan apabila cerucuk besi pada bangunan itu tertikam tangannya serta abdomen pesakit. Menyeringai kesakitan, Dr Kim (Han Suk-kyu) bergegas ke tempat kejadian bagi menyelamatkan anak buahnya itu.

Lakonan Ahn Hyo-seop yang menangisi nasibnya yang mungkin mengalami kesukaran untuk melakukan tugasan sebagai doktor nanti selain hati yang lembut kerana mahu menyelamatkan mangsa itu telah tular di serata laman komuniti.

Komen penonton yang kagum dengan bakat lakonannya,

Ahn Hyo-seop seperti Seo Woo-jin sendiri.

 

Lakonannya bukan sahaja realistik namun mengagumkan.

 

Ianya sangat mendebarkan sehingga semua terasa kesakitan dan emosi Seo Woo-jin.

Apa kata korang?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...