Ikuti Kami:

Plot Hubungan Cinta Lee Sungkyung & Ahn Hyoseop Dalam ‘Dr Romantic 3’ Dikritik, Tapi Kenapa?

Plot Hubungan Cinta Lee Sungkyung & Ahn Hyoseop Dalam ‘Dr Romantic 3’ Dikritik, Tapi Kenapa?

Sudah pun memasuki musim ketiga, pastinya ramai yang memberikan perhatian penuh terhadap kesinambungan kisah warga Hospital Doldam bagi kali ini.

Walaupun dihujani pujian namun terdapat juga suara kurang enak yang tidak senang dengan perkembangan babak romantik antara Ahn Hyo-seop dan Lee Sung-kyung.

Contohnya dalam episod ke-5 apabila kemasukan ramai pesakit baru menyebabkan kekalutan buat kesemua doktor dan jururawat. Walau bagaimanapun, babak romantik yang tiba-tiba terselit di antara kekecohan itu nyata membuatkan perhatian penonton terganggu.

sbs dr romantic 3

Tambahan pula, babak bersama Seo Woo-jin (Ahn Hyo-seop) berlaku selepas Cha Eun-jae (Lee Sung-kyung) menemui seorang pelajar yang sudah tidak bernyawa kerana serangan jantung.

Disebabkan oleh babak melo itu berlaku sejurus selepas babak menyayat hati, penonton mengadu bahawa mereka terganggu dek hubungan cinta yang tiba-tiba diselitkan antara babak perubatan.

Malah ada yang mengkritik musim ketiga “Dr Romantic” di mana hubungan cinta antara Seo Woo-jin dan Cha Eun-jae tidak serasi dengan situasi genting yang berlaku di bilik kecemasan Hospital Doldam.

sbs dr romantic 3

Ada pula, ia menganggu perkembangan kedua mereka sebagai pengamal perubatan apabila hubungan romantik turut menjadi tonggak utama buat watak keduanya.

Apa kata korang?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...