Ikuti Kami:

“Saya Terfikir..” – Miliki Kecantikan Luar Biasa, Kim Namjoo Beri Pujian Melambung Pada Cha Eunwoo

“Saya Terfikir..” – Miliki Kecantikan Luar Biasa, Kim Namjoo Beri Pujian Melambung Pada Cha Eunwoo

Kim Nam-joo telah memuji personaliti Cha Eun-woo.

Baru-baru ini, Kim Nam-joo telah muncul dalam rancangan “Yoo Quiz on The Block”, di mana dia telah bercerita mengenai lakonannya bersama dengan Cha Eun-woo dalam drama “Wonderful World”.

Katanya,

Masa pertama kali saya berjumpa dengan Cha Eun-woo, saya mula terfikir bagaimana seseorang seperti dia boleh wujud. Saya terpegun dengan kecantikannya dan saya juga tanya dia ‘bagaimana perasaan awak hidup sebagai Cha Eun-woo?’.

Tambahnya,

Bekerja dengan Cha Eun-woo merupakan peluang yang baik untuk saya, tapi kadang-kadang saya terfikir juga bagaimana saya akan bertahan jika saya berada dalam bingkai yang sama dengan dia?

yoo-quiz-on-the-block (1)

Sambungnya lagi,

Dia sangat sempurna! Selain daripada memiliki wajah yang kacak, dia juga sangat sopan dan mempunyai personaliti yang baik. Kerana itu juga saya buat keputusan untuk tak beri sebarang nasihat mengenai lakonan dekat dia. Sebab jika lakonan dia juga bagus, macam mana saya nak cari makan?

Wah! Berbakul pujian Kim Nam-joo bagi dekat Cha Eun-woo.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...