Ikuti Kami:

“Macam Mak & Anak” – Kim Namjoo Akui Terkejut Digandingkan Bersama Cha Eunwoo

“Macam Mak & Anak” – Kim Namjoo Akui Terkejut Digandingkan Bersama Cha Eunwoo

Video teaser “Yoo Quiz On The Block” yang menampilkan Kim Nam-joo sebagai tetamu telah dikeluarkan.

Di mana dalam video tersebut Kim Nam-joo telah membicarakan mengenai lakonannya bersama dengan Cha Eun-woo dalam drama “Wonderful World”.

Katanya,

Masa saya dapat tawaran drama ini saya sangat terkejut bila saya diberitahu bahawa watak lelaki utamanya merupakan Cha Eun-woo.

Tambahnya,

Saya terus tanya pengarah tersebut sama ada kami akan jadi mak dan anak ataupun pasangan kekasih. Ianya kerana beza umur kami sangat jauh dan kami dah seperti mak dan anak.

kim-nam-joo-yoo-quiz

Sambungnya lagi,

Cuba bayangkan kalau saya bercakap dengan Cha Eun-woo seperti pasangan kekasih yang lain? Tak ke pelik..

Selain itu, dalam teaser tersebut juga Kim Nam-joo turut menyatakan harapannya untuk menjadi seorang pelakon senior yang terkenal disegani oleh rakan artis yang lain.

Drama “Wonderful World” yang diterajui oleh Kim Nam-joo dan Cha Eun-woo ini akan mula ditayangkan bermula 1 Mac ini.

Walaupun dah berusia, Kim Nam-joo masih lagi nampak muda dan sesuai je kalau berlakon jadi kekasih Cha Eun-woo kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...