Ikuti Kami:

Pilih Untuk Jalani Hidup Susah, Foto Teaser ‘Wonderful World’ Papar Sisi Baru Lakonan Cha Eunwoo

Pilih Untuk Jalani Hidup Susah, Foto Teaser ‘Wonderful World’ Papar Sisi Baru Lakonan Cha Eunwoo

Drama “Wonderful World” telah mengeluarkan gambar teaser yang menampilkan Cha Eun-woo.

Diarahkan oleh pengarah Lee Seung-young, drama ini mengisahkan tentang perjalanan seorang wanita bernama Eun Soo-hyeon (Kim Nam-joo) yang ingin mencari kebenaran di sebalik kes pembunuhan anak lelakinya.

Dalam drama ini, Cha Eun-woo akan memegang watak sebagai Kwon Seon-yul. Seorang lelaki misteri dari keluarga berpengaruh yang lebih memilih untuk menjalani kehidupan sebagai orang susah.

Di dalam gambar teaser yang dikeluarkan, jelas terpancar karisma Cha Eun-woo yang berbeza dari watak yang pernah dia bawakan sebelum ini.

cha-eun-woo-teaser-photo

Ditambah dengan kesan darah yang jelas kelihatan di bibir, gambar tersebut telah berjaya meraih perhatian ramai yang jelas terkejut dengan transformasi terkini pelakon itu dan menjangka bahawa ianya akan mempamerkan sisi lakonan baru Cha Eun-woo.

Malah, pasukan produksi “Wonderful World” juga turut memuji pelakon tersebut serta menekankan keupayaannya yang berjaya menghidupkan watak Kwon Seon-yul.

Dalam masa yang sama, rata-rata peminat serta penonton juga sudah tidak sabar lagi untuk melihat lakonan hebat Cha Eun-woo di dalam drama yang akan ditayangkan pada 1 Mac ini.

Tak sabarnya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...