Ikuti Kami:

“Saya Terdiam..” – Peminat Tak Keruan Lihat Jungkook Tayang Six Pack Dalam Foto Teaser ‘Seven’

“Saya Terdiam..” – Peminat Tak Keruan Lihat Jungkook Tayang Six Pack Dalam Foto Teaser ‘Seven’

Peminat pastinya tak sabar ingin menantikan debut solo Jung-kook kan?

Bagi yang belum tahu, Jung-kook BTS akan melakukan debut solonya sebagai penyanyi dengan lagu “Seven”, bakal dilancarkan pada 14 Julai ini.

Terbaru, Big Hit telah melancarkan beberapa foto dan video teaser, menambah keterujaan peminat.

Khususnya dalam foto yang dikongsi, ahli termuda BTS itu tampil memakai blazer tanpa membutangnya, mendedahkan six pack nya kepada orang ramai.

Menerusi Twitter, peminat rata-rata teruja melihat penampilan seksi lelaki itu dan menulis komen seperti,

Saya makin tak sabar nak tunggu ‘Seven’ keluar!

 

Saya teruja!!

 

Semua ARMY pasti dalam keadaan tak menentu sekarang.

 

Saya benar-benar terdiam kerana saya terpesona dengan konsep ini.

Nantikan keluaran lagu “Seven” pada 14 Julai nanti!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...