Ikuti Kami:

“Tak Dapat Bayang Hidup Tanpa ARMY” – Peminat Terharu Baca Ucapan Jungkook Buat Ulang Tahun Ke-10 BTS

“Tak Dapat Bayang Hidup Tanpa ARMY” – Peminat Terharu Baca Ucapan Jungkook Buat Ulang Tahun Ke-10 BTS

Sambut ulang tahun ke-10 BTS, Jung-kook pastinya rasa amat bersyukur kepada peminat yang setia menyokong mereka dari awal.

Terbaru pada 14 Jun, Jung-kook telah menulis mesej panjang kepada peminat di Weverse, menyatakan rasa terima kasihnya kepada ARMY.

Pada awalnya, idola itu menulis,

Semua orang menulisnya dengan cara yang menyentuh perasaan jadi, saya memikirkan bagaimana saya harus menulis mesej ini. Tetapi, saya memutuskan untuk menulisnya dalam bahasa dan cara saya sendiri.

Tambahnya lagi,

Walaupun kami telah melakukan banyak perkara bersama ARMY dalam tempoh yang begitu lama, 10 tahun telah berlalu dalam sekelip mata. Saya tidak ingat dengan jelas setiap saat. Terdapat banyak masa yang baik dan gembira, serta saat-saat sedih dan sebak, tetapi ia tidak berasa begitu jelas kepada saya.

Kemudian, Jung-kook terus menyatakan rasa syukurnya dengan berkata,

Terima kasih kepada ARMY, dalam sekelip mata, sudah 10 tahun!! Terima kasih banyak kerana bersama kami selama 10 tahun. Saya harap ARMY dan BTS akan sihat, dan kita akan terus berjalan bersama, menyayangi dan menyokong satu sama lain dengan cara yang cemerlang. Saya tidak dapat membayangkan hidup tanpa ARMY lagi. Ulang tahun ke-10, apa yang istimewa tentangnya? Mari kita pergi untuk ulang tahun ke-20!

Sayang betul Jung-kook pada ARMY!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...