“Saya Tercedera Sikit Ketika Penggambaran ‘Running Man'” – Peminat Perasan Luka Pada Yoo Jaesuk
- oleh irsa
- 4 tahuns lalu
Memang menjadi lumrah apabila ada ahli yang tercedera semasa penggambaran “Running Man”.
Artikel Berkaitan
Terbaru, Yoo Jae-suk telah menyertai penstriman langsung untuk episod ke-6 ‘PLAYou’ di mana dia diberikan misi untuk mengutip semua sampah di sekitar kawasan itu sekiranya mahu pulang ke rumah.
Semasa sedang menjalani misi itu, peminat yang turut menyertai penstriman itu perasan luka pada leher pengacara tersebut.

Ungkap Yoo Jae-suk,
Mesti ada yang bertanya luka apakah itu semasa menonton ini.
Jelasnya,
Jangan salah faham. Saya tercedera sedikit semasa penggambaran ‘Running Man’. Ianya banyak kali berlaku. Jangan terlalu risau. Mungkin ada yang akan tertanya-tanya bagaimana saya terluka apabila melihat lukisan bulat ini.
Dia menenangkan semua dengan berkata,
Normal kelau tercedera apabila bermain di ‘Running Man’.

Respon netizen,
Saya berharap agar Yoo Jae-suk tak tercedera.
Rupanya dia banyak terluka apabila menyertai rakaman ‘Running Man’.
Saya harap awak akan menjalani penggambaran dengan keadaan yang baik.
Saya berharap dia tak tercedera.
Tak perasan pun dia terluka.
Semoga Yoo Jae-suk okay sahaja.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




