Menjelang Episod Ke-600, ‘Running Man’ Kekal No 1 Dalam Slot Tayangan
- oleh irsa
- 4 tahuns lalu
Sedar tak sedar, “Running Man” bakal memasuki episod ke-600 tak lama lagi. Meskipun sudah lama bersiaran namun nampaknya ianya kekal popular hingga kini.
Artikel Berkaitan
Untuk episod kali ini, tiada tetamu yang menyertai mereka namun kesemua ahli perlu memastikan mereka mempunyai wang paling hampir dengan 0 won akan dinobat sebagai pemenang.

Menurut laporan rating, program itu mencapai indeks sasaran sebanyak 3.2% dan purata rating 4.6% sekaligus kekal di tangga pertama dalam slot tayangan itu. Titik purata tertinggi pula dicatatkan pada angka 7%.
Bakal memasuki episod ke-600 pada minggu hadapan, ramai yang ternanti-nanti apa rencah istimewa yang bakal dipaparkan dalam siaran itu yang bertajuk ‘Bersama Penonton’. Namun pihak produksi dilihat meminta para penonton untuk menghantar soalan di laman media sosial buat para ahli sempena hari istimewa itu sejak beberapa minggu lalu.

Tak sabar nak tengok episod minggu hadapan!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




