Siapa sangka Donghae Super Junior menyimpan luka yang mendalam.

Dalam rancangan ‘Would You Come Here”, lelaki itu mendedahkan bahawa dia pernah berjumpa wakil agensi dan memberitahu bahawa dia mahu berhenti menjadi selebriti kerana tertekan apabila muncul dalam rancangan hiburan.
Dia menjelaskan,
Pada masa lalu, saya mempertimbangkan secara serius untuk meninggalkan kumpulan selepas setiap kali saya muncul di rancangan bersama ahli-ahli lain.
Ini kerana terdapat satu bebanan di mana setiap dari mereka akan sedaya upaya membuat kelakar seolah-olah ada pertandingan di antara mereka.
Walau bagaimanapun, mereka sudah pun lebih tenang kini berbanding ketika di awal debut.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.