Ikuti Kami:

“Saya Berani Tapi Donghae” – Rating 0% Hingga Tamat, Lee Seol Ulas Babak Seksual Dalam ‘Man & Woman’

“Saya Berani Tapi Donghae” – Rating 0% Hingga Tamat, Lee Seol Ulas Babak Seksual Dalam ‘Man & Woman’

Perasan tak semakin lama semakin banyak K-Drama yang memaparkan babak seksual berlebihan?

Sudah pun menamatkan siaran, Lee Seol telah menjalani sebuah temuramah untuk berkongsi mengenai pelbagai cerita di sebalik drama “Man & Woman”. Antara yang dikupasnya ialah mengenai babak ranjang di dalam drama itu,

Saya tidak merasa tertekan langsung tapi akan ada masalah sekiranya drama itu diberikan had umur 19 tahun ke atas. Saya fikir, ‘mungkin lebih berani akan lebih menyeronokkan’ tapi situasinya berubah mengikut pelbagai faktor.

Tambah Lee Seol mengenai respon Lee Dong-hae pula,

Saya rasa dia agak tertekan mengenai babak ini. Ayat yang sering digunakan ialah ‘ini adalah aksi’. Kami sering berkomunikasi secara realistik dan dia ternyata berasa lebih selesa jika menganggap babak itu sebagai aksi.

lee seol

Mula tayangan sejak Disember lalu, “Man & Woman” hanya mampu berpuas hati dengan rating dalam lingkungan 0% sahaja sepanjang tayangan, Malah episod akhirnya hanya tamat dengan rating 0.2% sahaja.

Jelas Lee Seol, mereka cuba mensasarkan rating sekurang-kurangnya 1% namun tidak menyesal meskipun gagal mencapainya. Bahkan dia memahami sebab saluran televisyen memilih untuk mengubah slot tayangan drama itu selepas 5 episod,

Walaupun keputusan akhirnya mungkin mengecewakan, proses pembikinan drama sehingga tamatnya penggambaran sungguh menarik bagi saya. Saya merasakan bahawa ‘dunia ini benar-benar luas’.

Korang layan ke drama ni?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...