Ikuti Kami:

“Saya Tenggelam Dalam Dunia ‘Barangan Palsu'” – FreeZia Mohon Maaf, Padam Entri Di Media Sosial

“Saya Tenggelam Dalam Dunia ‘Barangan Palsu'” – FreeZia Mohon Maaf, Padam Entri Di Media Sosial

Selepas sekian lama mendiamkan diri, akhirnya Song Ji-a ataupun FreeZia telah tampil berhadapan dengan semua peminat dek isu penggunaan barang berjenama palsu.

Menerusi laman YouTube miliknya, wanita itu telah memuat naik sebuah video panjang mengenai pengakuannya mengenai perkara itu selain memohon maaf atas kelakuannya yang merisaukan ramai itu.

Pertama sekali, saya ingin memohon maaf kerana lambat menyampaikan video permohonan maaf ini. Saya juga ingin meminta maaf kerana membuatkan semua risau. Bagi kontroversi yang sedang dibincangkan mengenai saya menggunakan produk palsu, saya mengakui kesemuanya dan ingin terus mengakui bahawa semuanya adalah salah saya.

freezia apology

FreeZia juga memahami bahawa dia sepatutnya berhati-hati sebagai seseorang yang mempunyai saluran YouTube selain mengakui bahawa dia merosakkan nilai jenama berkenaan dengan menggunakan barangan ‘fake’.

Saya sudah mengecewakan semua orang yang mempercayai saya dan saya berasa bersalah kerananya.

Bukan itu sahaja, personaliti media sosial itu turut mendedahkan bagaimana dia mula berjinak-jinak dengan barangan palsu ini. Katanya, dia hanya membeli barangan berkenaan pada awalnya kerana ianya cantik.

Pada asalnya, saya membeli barangan itu hanya kerana ianya cantik dan kemudian, mula menerima perhatian dari umum. Saya tak menyedarinya dan semakin tenggelam dalam dunia ‘barangan palsu’.

Saya semakin terjerumus ke dalamnya dan memberi fokus tenaga buat Song Ji-a yang mahu ditonjolkan kepada umum.

freezia fake

Dalam pada itu, Song Ji-a meminta semua orang agar berhenti daripada mengkritik keluarganya.

Saya bermuhasabah diri mengenai tindakan saya pada setiap hari. Saya sedar tentang kekurangan saya dan saya menyesali tindakan itu. Saya menjalani kehidupan dengan melihat semula perbuatan saya. Saya minta maaf.

Semuanya adalah salah saya, jadi saya meminta anda berhenti mengkritik keluarga saya. Saya minta maaf.

Wanita itu juga menegaskan bahawa kasih sayangnya buat peminat (Pringies) adalah benar dan bukan seperti apa yang dilaporkan oleh media. Dalam pada itu, dia memilih untuk meletakkan semua video YouTube dalam mod privasi bagi menghabiskan masa untuk muhasabah diri.

Akhirinya,

Saya akan bertanggungjawab terhadap kesalahan saya hingga ke akhirnya.

Selain itu, FreeZia dilihat memadam kesemua entri di Instagram dan YouTube miliknya selepas memuat naik video ini.

Semoga jadi pengajaran.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...