Ikuti Kami:

Isu Barangan Berjenama Palsu, Agensi Kongsi FreeZia Berada Dalam Keadaan Terkejut Dek Komen Buruk

Isu Barangan Berjenama Palsu, Agensi Kongsi FreeZia Berada Dalam Keadaan Terkejut Dek Komen Buruk

Pada minggu lalu, industri hiburan Korea heboh apabila personaliti televisyen yang sedang meningkat naik iaitu FreeZia menerima kecaman ramai kerana ditangkap menggunakan pelbagai barangan berjenama palsu.

Sentiasa memperkenalkan dirinya sebagai seorang anak orang kaya selain mempromosikan banyak barangan berjenama di laman YouTube dan Instagram, sudah pasti pendedahan ini menimbulkan rasa tertipu dalam kalangan peminatnya.

Selepas membuat permohonan maaf, FreeZia atau Song Ji-a dilihat lebih senang menyembunyikan diri daripada perhatian umum.

freezia

Terbaru, agensinya berkongsi bahawa wanita itu sedang berada dalam keadaan terkejut kini selepas menerima pelbagai komen buruk.

Jawab wakilnya,

Kami tidak mengikat jadual baru bagi bermuhasabah diri dek insiden berkenaan. Tapi apa kontrak yang ditandangi sebelum kejadian itu adalah di luar kuasa kami. Ia bergantung kepada klien.

Salah saya kerana tidak perasan mengenai isu itu dengan lebih awal dan bukan semuanya ialah palsu. Saya mencegahnya daripada membaca sebarang komen kerana dia berasa terkejut selepas membaca komen buruk. Antaranya, ‘Song Ji-a patut membunuh dirinya’, ‘Terima kasih kerana merosakkan imej kebangsaan’, ‘Mati sahajalah’. Notis perundangan yang disebut pada awalnya adalah mengenai komen-komen ini.

freezia

Dalam pada itu, terdapat laporan mengatakan bahawa FreeZia tetap memunculkan diri pada jadual photoshoot majalah yang telah ditetapkan. Walaubagaimanapun, matanya kelihatan bengkak akibat terlalu banyak menangis.

Haihhh…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...