Ikuti Kami:

“Saya Jujur Mengakui..” – Dituduh Guna Barangan Berjenama ‘Fake’, FreeZia Mohon Maaf

“Saya Jujur Mengakui..” –  Dituduh Guna Barangan Berjenama ‘Fake’, FreeZia Mohon Maaf

Mula mendapat perhatian menerusi rancangan “Single’s Inferno”, sudah pasti ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai FreeZia atau nama sebenarnya, Song Ji-a.

Pun begitu, gadis itu terpalit dengan kontroversi baru-baru ini apabila ramai yang mendapati barangan yang dipakainya seperti t-shirt, rantai dan gaun merupakan barangan ‘copy ori’ sahaja. Sering menampilkan kehidupan yang mewah di dalam program berkenaan dan di media sosial, sudah pasti dakwaan ini mencalarkan imejnya.

freezia fake

Selepas sekian lama mendiamkan diri, FreeZia akhirnya mengakui dakwaan berkenaan dan memohon maaf menerusi sebuah entri di Instagram,

Saya akan berlaku jujur mengenai kontroversi barangan berjenama palsu yang diperkatakan kini. Sebahagian daripada barangan berjenama palsu yang disebut anda adalah benar.

Saya sekali memohon maaf atas segala yang berlaku kerana memandang ringan pelanggaran cipta atas rekaan pereka berkenaan.

Bintang media sosial itu juga berjanji akan muhasabah diri atas kesalahan ini,

Sebagai seorang yang berimpian untuk melancarkan jenama, saya mengakui dan akan bermuhasabah diri terhadap bahagian yang salah. Saya akan belajar dengan berhati-hati supaya perkara yang sama tidak akan berulang lagi di masa hadapan. Saya sudah memadam kandungan yang memaparkan barangan palsu itu. Saya juga memohon maaf pada jenama yang ditimpa masalah kerana saya.

Selain itu, FreeZia juga meminta maaf kepada semua termasuklah peminat, subcsriber dan wakil jenama yang terluka kerana isu ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by . (@dear.zia)

Meskipun nampak biasa, namun isu ini diperkatakan ramai memandangkan FreeZia yang mempunyai impian untuk melancarkan jenama sendiri tetapi tidak arif dengan ilmu hak cipta. Malah barangan berjenama palsu itu ditayangkan di laman penstriman popular lantas mungkin menimbulkan masalah sekiranya mereka perlu memadam setiap babak yang memaparkan barangan itu sekiranya jenama asal menfailkan aduan.

Sekurang-kurangnya FreeZia mengaku kan..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...