Ikuti Kami:

Popular Dek ‘Single’s Inferno’, FreeZia Akui Buat Pembedahan Wajah & Kongsi Sebab Tak Mahu Jadi Idola

Popular Dek ‘Single’s Inferno’, FreeZia Akui Buat Pembedahan Wajah & Kongsi Sebab Tak Mahu Jadi Idola

Tak dinafikan bahawa dalam ramai-ramai peserta “Single’s Inferno”, Song Ji-a atau FreeZia merupakan individu yang menempa populariti hebat.

Bahkan ia dapat dilihat apabila jumlah pengikut Instagram dan YouTube miliknya naik mendadak hingga mencecah angka jutaan selepas muncul dalam program Netflix berkenaan.

Bagi meraikan pencapaian berkenaan, FreeZia telah menjawab pelbagai soalan peminat menerusi sebuah video baru di saluran YouTube miliknya baru-baru ini.

freezia youtube

Memiliki rupa paras yang menawan, ada yang bertanyakan sama ada wanita itu tidak menerima sebarang tawaran untuk menjadi idola. Jawabnya,

Saya sudah menerima tawaran banyak kali untuk menjadi idola.

Namun dia memilih untuk menolak kesemuanya kerana mempunyai personaliti di mana dia hanya akan melakukan apa yang dimahukannya,

Sejujurnya, saya tak suka menyanyi. Saya tak mahu lakukannya. Saya memiliki personaliti yang melakukan apa yang dimahukan namun menyanyi dan menari bukanlah sesuatu untuk saya.

freezia youtube

Dalam pada itu, Song Ji-a turut mengakui bahawa dia melakukan pembedahan plastik di bahagian hidung sewaktu masih bersekolah. Namun tidak menyentuh bahagian lain pada wajahnya.

FreeZia memang cantik kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...