Ikuti Kami:

“Saya Tatap Sebelum Tidur..” – Hong Hyunhee Dedah Tatap Gambar V BTS Ketika Hamil

“Saya Tatap Sebelum Tidur..” – Hong Hyunhee Dedah Tatap Gambar V BTS Ketika Hamil

Ni ke rahsia anak Hong Hyun-hee jadi comel sangat?

Pada 7 Oktober, kehidupan seharian pelawak serta personaliti wanita terkenal Korea Selatan iaitu Hong Hyun-hee telah ditayangkan di dalam satu rancangan TV keluaran MBC, “Omniscient Interfering View”.

Semasa tayangan, Hong Hyun-hee telah berkongsi rutin paginya bersama dengan anak lelakinya yang baru sahaja berumur 14 bulan iaitu Jun-beom. Ketika sedang bermain buaian di taman, pelawak itu berkata,

Ini adalah rutin pagi kami. Jika anak saya nak keluar rumah sejurus selepas dia bangun dari tidur, maka kami perlu keluar juga walau apa sekalipun.

junbeom

Dia menambah,

Di dalam kalangan peminat kami, ada yang mengatakan bahawa wajah anak saya seiras dengan wajah Kang Daniel. Lagi-lagi apabila dia sedang senyum.

daniel junbeom

Selepas itu, Hong Hyun-hee telah berkongsi rutin hariannya ketika mengandung,

Saya selalu melihat gambar V BTS setiap hari ketika Jun-beom sedang membesar di dalam perut saya. Saya hanya akan menonton dan merenung gambar V sebelum tidur.

Pelawak itu juga bergurau,

Pada masa itu saya tidak melihat langsung pelawak seperti Lee Sang-jun.

Tambahan pula, ini bukan selebriti pertama yang mengaku melihat gambar ahli BTS itu ketika sedang mengandung.

V

Sebelum ini, seorang penyanyi ballad iaitu NAVI turut berkongsi bahawa dirinya sering melihat gambar V semasa sedang mengandung kerana dia merasakan bahawa ianya bagus untuk melihat gambar lelaki kacak ketika bayi sedang membesar di dalam perut.

Malah, kajian juga mendapati bahawa dengan melihat seni, alam semula jadi atau orang yang cantik ianya boleh mengurangkan tekanan serta kebimbangan dan juga meningkatkan mood keseluruhan.

Jadi, melihat seseorang yang cantik ataupun kacak dapat memberikan impak positif terhadap kesihatan mental serta kesejahteraan kepada wanita yang sedang mengandung.

Kalau korang pula nak tengok gambar siapa?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...