Ikuti Kami:

“Ianya Hadiah…” – V BTS Dikecam Selepas Pakai ‘Durag’ Ketika Siaran Langsung

“Ianya Hadiah…” – V BTS Dikecam Selepas Pakai ‘Durag’ Ketika Siaran Langsung

Ada peminat yang kecewa? Sebab apa ni?

V yang merupakan salah seorang ahli BTS baru-baru ini telah melakukan siaran langsung di ‘Weverse’ untuk berinteraksi dengan ARMY selepas pulang daripada menghadiri majlis ‘afterparty’ penyanyi Amerika iaitu Lil Uzi Vert selepas persembahannya di Festival One Universe 2023 di Seoul.

V telah berkongsi pengalamannya menghabiskan masa bersama dengan Lil Uzi Vert kepada ARMY sebelum menunjukkan kepada penonton ‘Durag’ yang berwarna merah yang tergantung di peralatan gim yang berada di belakangnya. Ahli BTS itu berkata bahawa durag itu telah dihadiahkan kepadanya sebelum mencuba durag tersebut.

Kata V,

Ia adalah benda ini. Ianya 두건 (doogun, istilah umum untuk semua bandana). Saya telah mendapatnya sebagai hadiah.

Untuk pengetahuan, Durag merupakan alat perlindungan untuk lelaki berkulit hitam untuk melindungi rambut mereka daripada kerosakan dan untuk mengekalkan gaya rambut serta corak kerinting rambut mereka.

durag

Sejarah durag boleh dilihat sebagai pembalut kepala yang dipakai oleh budak kulit hitam di Amerika dan ianya juga dilihat oleh masyarakat sebagai ‘tanda kemiskinan dan subordinasi’.

Dengan kepentingan budaya serta sejarah yang berkait dalam komuniti Kulit Hitam, ramai merasakan bahawa ianya tidak wajar jika seseorang yang bukan berkulit hitam memakai durag.

V yang memakai durag telah mendapat pelbagai reaksi daripada peminat. Ramai yang meluahkan kekecewaan mereka terhadap tindakannya dan ada juga yang menyebelahinya.

Ramai yang berkata bahawa V telah mendapatkannya daripada penyanyi Amerika itu namun, V BTS tidak menyatakan bahawa hadiah itu daripada Lil Uzi Vert. Sehingga kini, BIGHIT MUSIC mahupun V tidak memberikan sebarang keterangan mengenai perkara tersebut.

Pendapat korang pula macam mana?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...