Ikuti Kami:

“Saya Takut” – Terpaksa Berhenti Bekerja, Kim Woobin Kongsi Perjuangan Melawan Kanser Pada 2017

“Saya Takut” – Terpaksa Berhenti Bekerja, Kim Woobin Kongsi Perjuangan Melawan Kanser Pada 2017

Pasti ramai yang rindukan Kim Woo-bin kembali aktif dalam industri hiburan kan?

Terbaru, Kim Woo-bin telah tampil dalam program “You Quiz on the Block” sebagai tetamu, di mana pelakon itu ada berkongsi mengenai pelbagai perkara bersama penonton.

Dalam video pra-tonton yang dikeluarkan, Kim Woo-bin ada berkongsi tentang perkara yang dilakukannya semasa zaman persekolahan,

Saya makan sedulang telur penuh sehari. Saya juga membesarkan badan dengan memakan dada ayam dan mengambil suplemen.

Selain itu, pelakon lelaki tersebut turut bercakap tentang ketiadaan sementaranya pada 2017, ketika sedang bertarung dengan kanser nasofarinks. Dia meluahkan pada awalnya,

Saya takut.

kim woobin

Tambahnya lagi,

Saya telah menulis diari selama 14 hingga 15 tahun dan saya hanya menulis perkara yang dramatik selepas melawan penyakit itu. Saya mengambil ringan mengenainya pada satu ketika dan sekarang saya mula menulis perkara yang saya rindui. Saya makan tiga kali sehari, melihat langit dua kali sehari. Ia tidak mudah.

Nantikan episod penuh Kim Woo-bin dalam “You Quiz on the Block” akan dikeluarkan pada 10 Mei ini!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...