Ikuti Kami:

“Adik-Beradik Ke?” – Wajah Mirip Kim Woobin, Pelakon ‘Duty After School’ Ini Jadi Perhatian

“Adik-Beradik Ke?” – Wajah Mirip Kim Woobin, Pelakon ‘Duty After School’ Ini Jadi Perhatian

Kim Woo-bin bukan sahaja seorang pelakon berbakat malahan, turut dikenali dek wajahnya yang kacak.

Baru-baru ini, seorang pengguna di TikTok telah berkongsi satu video, yang menunjukkan wajah pelakon baru Kim Su-gyeom, yang mirip dengan Kim Woo-bin.

Meninjau di ruangan komen, ramai netizen turut berpendapat yang Kim Woo-bin dan Kim Su-gyeom memang kelihatan serupa dan mempercayai bahawa kedua pelakon itu adalah adik-beradik sebenar.

Antara komen yang ditulis,

Mata dan kening mereka sama.

 

Muka dia macam Kim Woo-bin campur Hwang In-youp.

 

Persamaannya memang sukar dipercayai!!!

 

Adakah mereka adik-beradik sebenar? 😳

Untuk pengetahuan, Kim Su-gyeom dilahirkan pada 2001 dan debut sebagai pelakon pada 2020. Antara drama lakonannya adalah “Juvenile Justice”, “Weak Hero Class 1”, “Duty After School” dan banyak lagi.

Haa korang rasa sama ke tak?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...