Ikuti Kami:

“Saya Takut Populariti..” – Bahagian Rakaman Sulli Bagi ‘Persona 2’ Bakal Ditayang, Netflix Beri Respon

“Saya Takut Populariti..” – Bahagian Rakaman Sulli Bagi ‘Persona 2’ Bakal Ditayang, Netflix Beri Respon

Sedar tak sedar, sudah 4 tahun Sulli pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya.

Kalau korang nak tahu, mendiang sepatutnya muncul sebagai watak utama untuk “Persona 2” di mana ia merupakan salah satu daripada siri filem omniverse yang ditayangkan di Netflix. Seperti siri pertama yang diterajui oleh IU sebelum ini, filem pendek ini akan diarahkan oleh lima pengarah berbeza namun penggambaran ditangguh selepas pemergian Sulli.

Terbaru, penonton terkejut apabila “Persona: Sulli” (“Persona 2”) ditambah ke dalam katalog filem akan datang Netflix Brazil di mana ia dijadualkan akan disiarkan menerusi saluran itu pada 16 Jun.

Antara kata-kata mendiang yang menarik perhatian dalam klip 44 saat itu,

Tiba-tiba populariti datang kepada saya. Saya fahaminya, namun saya berasa takut. Menjadi popular.

persona: sulli

Respon dari pihak Netflix mengenai hal itu,

‘Persona: Sulli’ ialah satu projek yang dihasilkan oleh Mystic Story. Kini, perbincangan umum sedang berlangsung termasuklah jika filem itu akan bersiaran di Netflix dan tarikh tayangannya.

Untuk pengetahuan, Sulli yang memulakan karier sebagai pelakon kanak-kanak pada 2005 mengecapi populariti apabila menyertai kumpulan f(x) pada 2009. Malah mendiang turut aktif berlakon dalam beberapa naskhah seperti “To The Beautiful You”, “Fashion King”, “Real” dan sebagainya.

Rindunya Sulli..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...