Ikuti Kami:

“Saya Takut” – Kerjaya Sebagai Penyanyi Hampir Terjejas, Uhm Junghwa Dedah Pernah Alami Kanser Tiroid

“Saya Takut” – Kerjaya Sebagai Penyanyi Hampir Terjejas, Uhm Junghwa Dedah Pernah Alami Kanser Tiroid

Drama “Doctor Cha” diminati ramai, Uhm Jung-hwa pastinya berasa terharu dan gembira dengan sokongan yang diberi.

Terbaru pada siaran 7 Jun program “You Quiz on the Block”, Uhm Jung-hwa telah tampil sebagai tetamu, di mana dia ada berkongsi mengenai pelbagai perkara.

Khususnya dalam siaran itu, wanita tersebut mendedahkan bahawa dia pernah kehilangan suaranya selama kira-kira 8 bulan, akibat pembedahan kanser tiroid pada 2008 yang lalu. Dia mengimbas kembali perasaannya ketika itu,

Saya menyembunyikannya kerana saya takut tidak dapat melakukan apa yang saya mahu lakukan. Ketakukan apabila suara saya tidak keluar adalah sangat besar. Saya benar-benar mahu menyanyi lagi.

uhm junghwa

Jelas Uhm Jung-hwa,

Apabila saya mendengar bahawa saya tidak akan dapat menyanyi dan harus berputus asa sebagai penyanyi, saya boleh hidup seperti itu tapi saya tidak mahu.

Kemudian, mengenai suaranya yang menggeletar, pelakon dan penyanyi itu berkata,

Saya harap awak akan menerima bahawa suara saya seperti ini.

Semoga Uhm Jung-hwa akan kekal sihat sentiasa!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...