Selepas 16 episod, drama “Doctor Cha” telah pun melabuhkan tirainya.
Baru-baru ini, Uhm Jung-hwa telah terlibat dengan satu temu bual khas, susulan tamatnya drama “Doctor Cha”.
Ketika sesi temu bual, pelakon itu berkongsi pendapatnya mengenai pengakhiran drama tersebut dengan menyatakan,
Saya suka kerana Cha Jung-sook dapat memilih untuk menjalani hidupnya sendiri dan bukan sebagai wanita Seo In-ho atau Roy Kim. Saya juga fikir penonton berfikiran berbeza dari sebelum ini. Dahulu, penonton akan berkata ‘pilih seseorang’, tetapi saya rasa lebih ramai orang menyokong kebebasan Cha Jung-sook sekarang.
Kemudian, Uhm Jung-hwa juga turut memberitahu bahawa wataknya dalam “Doctor Cha” adalah watak terbaik dalam hidupnya,
Sebelum ini apabila saya keluar, orang akan mengenali saya sebagai ‘Uhm Jung-hwa’. Tetapi kini, orang lebih gembira melihat saya dan memanggil saya ‘Cha Jung-sook’. Dipanggil dengan nama watak saya, adalah pengalaman yang tidak pernah saya lalui dalam hidup saya.
Agak-agaknya Uhm Jung-hwa akan berlakon drama apa pula selepas ini?
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉