Utama Drama Korea Rating Hampiri 20%, Pelakon & Pasukan Produksi ‘Doctor Cha’ Bakal Pergi Bercuti...

Rating Hampiri 20%, Pelakon & Pasukan Produksi ‘Doctor Cha’ Bakal Pergi Bercuti Di Vietnam

jtbc doctor cha

Sudah 14 episod bersiaran, drama “Doctor Cha” akan melabuhkan tirainya tak lama lagi.

Bagi yang belum tahu, “Doctor Cha” membawa kisah seorang surirumah yang kembali menjadi doktor selepas lelah menghadapi perangai ahli keluarga yang tak hiraukan keadaannya.

Dengan plot yang menarik dan pelbagai naik turun, episod terbaru drama itu telah berjaya meraih rating tinggi mencecah 18%.

Terbaru pada 31 Mei, pelakon dan pasukan produksi “Doctor Cha” dilaporkan akan pergi bercuti di Vietnam pada hujung Jun ini, sebagai ganjaran untuk mereka berikutan kejayaan drama tersebut.

jtbc doctor cha

Sebagai respon, pasukan produksi “Doctor Cha” memberi respon,

Kami sedang berbincang dan tiada apa yang telah diputuskan.

Sementara itu, perhatian tertumpu sama ada “Doctor Cha” akan dapat melepasi rating 20%, dengan baki 2 episod lagi.

Nantikan!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

SUMBERNewsen
Loading...