Sudah 11 episod bersiaran, pasti ramai yang tertanya-tanya tentang pengakhiran drama “Doctor Cha” kan?

Terbaru pada 20 Mei, Uhm Jung-hwa telah tampil sebagai tetamu dalam program “JTBC Newsroom”, di mana pelakon itu ada menjawab beberapa soalan.
Khususnya dalam siaran itu, Uhm Jung-hwa mengatakan bahawa sebab ramai orang suka menonton “Doctor Cha” adalah kerana mereka boleh bersimpati dengan perkembangan peribadi dan kerjaya Doktor Cha.
Kemudian, pelakon wanita itu turut ditanya,
Sekarang awak dah tahu kesudahan drama itu, adakan awak berpuas hati dengan keputusan Cha Jung-sook?
Respon Uhm Jung-hwa,
Saya sangat menyukainya.
Sementara itu, episod 10 “Doctor Cha” telah meraih rating tinggi mencecah 17.958%, membukti kepopularitian drama itu.
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉