Ikuti Kami:

‘Doctor Cha’ Raih Rating Ke-4 Tertinggi Dalam Sejarah JTBC, Uhm Junghwa Luah Perasaan Gembira

‘Doctor Cha’ Raih Rating Ke-4 Tertinggi Dalam Sejarah JTBC, Uhm Junghwa Luah Perasaan Gembira

Merupakan drama popular sekarang, Uhm Jung-hwa pastinya gembira dengan kejayaan “Doctor Cha”.

Terbaru pada 17 Mei, Uhm Jung-hwa telah memuat naik video baru di saluran YouTubenya yang bertajuk “Pilihan Uhm Junghwa! Senarai wain”.

Khususnya dalam video itu, pelakon wanita tersebut berkongsi antara minuman wain kegemarannya dan memberi penilaian untuk rasanya. Apabila bercakap tentang champagne yang juga disukai oleh Madonna, Uhm Jung-hwa berkata,

Awak tahu kan? Awak rasa awak perlu menyukai apa sahaja yang idola awak suka. Awak boleh membuka sebotol champagne untuk pelbagai sebab untuk meraikannya. Saya rasa buih dari champagne akan membuatkan orang rasa gembira.

Tambahnya lagi sambil tersenyum,

Bagi saya, saya akan membuka botol ini kerana drama saya ‘Doctor Cha’, yang telah melakukan dengan baik!

uhm junghwa doctor cha

Untuk pengetahuan, bukan sahaja sudah menjadi bualan ramai malahan, “Doctor Cha” turut telah membuktikan popularitinya apabila drama itu berjaya mencatkan rating ke-4 tertinggi dalam sejarah JTBC. Mengenai ini, Uhm Jung-hwa meluahkan perasaannya,

Setiap hari terasa seperti hadiah yang sangat berharga kepada saya sejak kebelakangan ini. Saya mulakan setiap hari dengan berkata ‘Ah, terima kasih banyak untuk segala-galanya’. Ia membuatkan saya gembira membaca cinta dan komen sokongan untuk drama ini dan diri saya sendiri.

Sambungnya lagi,

Saya rasa saya akan kekal gembira untuk sepuluh 10 tahun akan datang! Saya harap perkara yang baik akan datang dalam hidup anda. Saya juga berharap awak semua mempunyai sesuatu untuk diraikan.

Sekarang ni memang asyik tunggu hari Sabtu dan Ahad je untuk tonton episod baru “Doctor Cha”!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...