Ikuti Kami:

Plot Kian Menebal, Penonton Seronok Lihat Gandingan Uhm Junghwa & Jo Aram Dalam ‘Doctor Cha’

Plot Kian Menebal, Penonton Seronok Lihat Gandingan Uhm Junghwa & Jo Aram Dalam ‘Doctor Cha’

Dengan plot yang menarik, “Doctor Cha” telah berjaya menjadi drama yang diminati ramai kini.

Selain pelakon utama, Jo A-ram yang memainkan watak sebagai Jeon So-ra turut mendapat perhatian penonton. Untuk pengetahuan, Jeon So-ra adalah seorang pemastautin pembedahan tahun ketiga yang mementingkan kesempurnaan dan tidak boleh bertolak ansur dengan kesilapan yang ringan.

Khususnya, penonton semakin dapat lihat daya tarikan Jo A-ram dengan lakonannya dari episod 9, di mana hubungan wataknya bersama Cha Jung-sook (Uhm Jung-hwa) semakin kukuh.

Pertama, Jo A-ram berjaya menggambarkan ekspresi terkejut yang sempurna apabila Jeon So-ra mengetahui bahawa Cha Jung-sook dan Seo Jung-min (Song Ji-ho) bukan sekadar rakan sekerja tetapi juga adalah ibu dan anak. Tambahan, dia juga sedar bahawa teman lelakinya berbohong kepadanya mengenai Seo In-ho (Kim Byung-chul) dan Cha Jung-sook yang telah berkahwin.

jtbc doctor cha

Berhasil menyampaikan pelbagai emosi Jeon So-ra, penonton memuji Jo A-ram kerana menghidupkan wataknya dengan jayanya.

Selain itu, penonton juga semakin teruja untuk menantikan persahabatan antara Jeon So-ra bersama Cha Jung-sook apabila kedua-dua mereka bekerjasama untuk membalas dendam kepada Seo In-ho yang curang dan saling memberi sokongan pada satu sama lain.

Perbualan yang menyenangkan antara bakal ibu mertua dan menantu perempuan itu telah membawa kesegaran kepada plot cerita dan meningkatkan jangkaan penonton untuk melihat babak dua watak tersebut dalam episod seterusnya.

jtbc doctor cha

Sementara itu, “Doctor Cha” ditayangkan pada setiap hari Sabtu dan Ahad menerusi Netflix.

Korang harus tonton!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...