Ikuti Kami:

‘Doctor Cha’ Drama Paling Popular, Uhm Junghwa & Kim Byungchul Pelakon Trending Kini

‘Doctor Cha’ Drama Paling Popular, Uhm Junghwa & Kim Byungchul Pelakon Trending Kini

“Doctor Cha” memang tidak dinafikan merupakan antara K-Drama yang sedang menjadi bualan ramai orang sekarang.

Terbaru, Good Data Corporation telah mengumumkan senarai drama yang paling banyak menjadi bualan, menerusi data yang dikumpul daripada artikel berita, catatan blog, komuniti dalam talian, video dan media sosial.

Khususnya, drama “Doctor Cha” telah berjaya berada di No. 1 senarai drama paling popular, diikuti dengan “Dr. Romantic 3” di tempat yang kedua.

Bukan sahaja mendahului senarai drama terkenal malahan, pelakon “Doctor Cha” turut mendominasi carta Top 10 pelakon paling popular dengan Uhm Jung-hwa dan Kim Byung-chul masing-masing berada di tempat pertama dan kedua. Seterusnya, Min Woo-hyuk mengambil tempat di No.6 dan Myung Se-bin di No.7.

Berikut adalah Top 10 K-Drama paling popular pada minggu pertama Mei:

  1. “Doctor Cha”
  2. “Dr. Romantic 3”
  3. “Tale of the Nine-Tailed 1938”
  4. “The Good Bad Mother”
  5. “Pale Moon”
  6. “My Perfect Stranger”
  7. “The Real Has Come”
  8. “Family”
  9. “Joseon Attorney”
  10. “Woman in a Veil”

Sementara itu, Top 10 pelakon K-Drama popular adalah seperti berikut:

  1. Uhm Jung-hwa (“Doctor Cha”)
  2. Kim Byung-chul (“Doctor Cha”)
  3. Lee Do-hyun (“The Good Bad Mother”)
  4. Lee Dong-wook (“Tale of the Nine-Tailed 1938”)
  5. Ahn Hyo-seop (“Dr. Romantic 3”)
  6. Min Woo-hyuk (“Doctor Cha”)
  7. Myung Se-bin (“Doctor Cha”)
  8. Kim So Yeon (“Tale of the Nine-Tailed 1938”)
  9. Lee Shin-young (“Dr. Romantic 3”)
  10. Han Suk-kyu (“Dr. Romantic 3”)

Tahniah!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...