Ikuti Kami:

“Saya Takut Kalau..” – Im Siwan Dedah Enggan Terajui ‘Unlocked’ Pada Awalnya, Tapi Kenapa?

“Saya Takut Kalau..” – Im Siwan Dedah Enggan Terajui ‘Unlocked’ Pada Awalnya, Tapi Kenapa?

Siapa dah tonton filem “Unlocked” di Netflix kini?

Bagi yang belum tahu, “Unlocked” yang diterajui Im Si-wan dan Chun Woo-hee, membawa kisah seorang wanita yang dikejar pembunuh bersiri selepas isi telefon bimbit pintarnya digodam.

Terbaru, Im Si-wan telah terlibat dengan satu temu bual khas, di mana dia berkongsi mengenai wataknya sebagai pembunuh bersiri Jun-yeong dalam filem itu.

Khususnya, pelakon itu mendedahkan bahawa dia menolak tawaran untuk membintangi projek tersebut pada awalnya,

Saya pada mulanya menolak tawaran itu kerana takut watak saya ini boleh memberi pengaruh negatif kepada masyarakat. Bagaimanapun, Kim Hee-won yang turut berlakon dalam filem itu, memujuk saya untuk melakonkan watak protagonis, Jun-yeong.

im siwan

Jelas ahli ZE:A itu lagi,

Jun-yeong tidak mempunyai motif sebenar untuk jenayahnya. Dia mengumpul maklumat orang lain dan mencuri identiti mereka untuk menunjuk-nunjuk dan merasakan satu pencapaian. Dia melihat ‘cyberstalking’ sebagai permainan dan hobi. Saya terasa agak bebas untuk memainkan watak yang berani dan gila.

Apa pendapat korang tentang filem ni?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...