Ikuti Kami:

Meski No 2 Di Ranking Global Netflix, Penonton Pertikai ‘Unlocked’ Kurang Logik?

Meski No 2 Di Ranking Global Netflix, Penonton Pertikai ‘Unlocked’ Kurang Logik?

Bagi yang melanggan, pastinya tahu bahawa Netflix sentiasa menghasilkan projek terbaik untuk peminat naskhah Korea.

Antara naskhah yang mendapat perhatian ramai kini ialah filem thriller “Unlocked” yang diterajui oleh Im Si-wan dan Chun Woo-hee di mana ia membawa kisah seorang wanita yang dikejar pembunuh bersiri selepas isi telefon bimbit pintarnya digodam.

Meskipun memaparkan plot menarik dan unik, namun “Unlocked” dikatakan tidak mampu melawan kehebatan novel asalnya. Kata penonton, plotnya sedikit kurang logik dan ada babak yang kurang mencemaskan. Ada kala, sukar untuk memahami setiap watak dan hubungan antara mereka.

netflix unlocked

Bukan itu sahaja, penonton turut mengkritik heroin utama iaitu Na-mi kerana kebanyakan keputusan dibuatnya tidak masuk akal. Contohnya, apabila dia tinggal di rumah tanpa kod dan mempercayai lelaki asing berbanding rakan sendiri. Dia juga memutuskan hubungan dengan rakan itu atas salah faham kecil. Tambahan pula, Na-mi tetap menggunakan telefon itu meskipun tahu bahawa ianya sudah digodam lantas menimbulkan sendiri masalah ke atas dirinya.

Komen mereka,

Saya terlalu berharap..

 

Dia hanya menyeronokkan hingga pertengahan sahaja.

 

Biasa-biasa je..

 

Responnya pra-kontra.

Dalam pada itu, “Unlocked” terbukti popular apabila berjaya menduduki tangga kedua dalam ranking global Netflix kini.

Apa kata korang?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...