Ikuti Kami:

“Saya Takut Dengan..” – Menang Anugerah Tapi Kenapa Lim Jiyeon Minta Maaf Pula?

“Saya Takut Dengan..” – Menang Anugerah Tapi Kenapa Lim Jiyeon Minta Maaf Pula?

Selepas “The Glory”, Lim Ji-yeon tidak dinafikan semakin meraih populariti kini.

Terbaru, Lim Ji-yeon telah berjaya merangkul anugerah bagi kategori “Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama” di acara “Blue Dragon Series Awards 2023”.

Semasa menerima trofinya, pelakon wanita itu telah meluahkan rasa terima kasihnya kepada orang yang menyayangi “The Glory” dan semua kakitangan serta pelakon yang terlibat.

Kemudian, Lim Ji-yeon ada juga meminta maaf,

Saya ingin memohon maaf kepada orang yang nama sebenarnya adalah ‘Park Yeon-jin’.

lim jiyeon

Untuk pengetahuan, Park Yeon-jin ialah nama watak Lim Ji-yeon dalam “The Glory”, iaitu seorang ketua pembuli Moon Dong-eun (Song Hye-kyo) ketika di sekolah. Selepas drama itu ditayangkan, nama ‘Park Yeon-jin’ nampaknya telah memberikan impak hebat.

Sambung Lim Ji-yeon lagi dengan ucapannya,

Mereka berkata produksi datang kepada anda seperti takdir dan Yeon-jin datang kepada saya seperti takdir dan membawa saya penghormatan besar. Kadang-kadang, saya takut dengan kasih sayang dan sokongan yang saya terima tetapi seperti biasa, saya akan bangkit dan berusaha untuk menjadi pelakon yang lebih bersemangat dan berkemahiran.

Semoga terus maju jaya Lim Ji-yeon!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...