Ikuti Kami:

Makin Popular Selepas ‘The Glory’, Lim Jiyeon Bakal Terajui 4 Projek Berbeza Ini

Makin Popular Selepas ‘The Glory’, Lim Jiyeon Bakal Terajui 4 Projek Berbeza Ini

Pelakon berbakat seperti Lim Ji-yeon sememangnya layak dikenali orang ramai.

Umum pasti mengetahui, Lim Ji-yeon semakin dikenali ramai selepas berjaya menonjolkan bakat lakonannya yang hebat menerusi “The Glory”.

Selepas “The Glory”, wanita itu nampaknya akan tampil menemui penonton dalam pelbagai projek, membuktikan popularitinya yang semakin meningkat.

Lies Hidden In My Garden

ena lies hidden in my garden

Sudah 6 episod bersiaran, Lim Ji-yeon sedang terajui drama thriller “Lies Hidden in My Garden” bergandingan dengan Kim Tae-hee. Untuk pengetahuan, drama itu mengikuti kisah ngeri keluarga yang mematahkan ilusi ‘rumah bahagia dengan taman’. Ianya melibatkan syak wasangka dan kebangkitan seorang suri rumah yang menikmati kebahagiaan di rumah sempurna namun, dicemburui orang lain. Tonton di laman Prime Video sekarang!

Revolver

lim jiyeon revolver

Selain drama, Lim Ji-yeon juga akan muncul dalam filem “Revolver”, bersama Jeon Do-yeon dan Ji Chang-wook. “Revolver” menceritakan kisah seorang bekas pegawai polis yang berusaha untuk mencapai matlamatnya. Nantikan!

The Killing Vote

sbs the killing vote

Siap sedia untuk lihat gandingan Lim Ji-yeon bersama Park Hae-jin dan Park Sung-woong dalam “The Killing Vote”, yang akan mengetengahkan kisah seorang tokoh yang dikenali sebagai ‘Gae Tal’, yang melaksanakan hukuman mati bergantung kepada keputusan undian serta polis yang mengejar keadilan. Nantikan tayangannya pada 10 Ogos ini!

Tale Of Mrs. Ok

lim jiyeon tale of mrs. ok

Selain itu, Lim Ji-yeon juga telah menerima tawaran untuk terajui filem sejarah “Tale of Mrs. Ok”, yang mengisahkan tentang kelangsungan hidup dan kisah kejayaan seorang hamba dalam Dinasti Joseon, yang memalsukan nama, status dan juga suaminya. Bagaimanapun, pelakon itu masih dalam proses menelitinya kini.

Selayaknya Lim Ji-yeon dikenali!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...