Ikuti Kami:

Meski Lakonan Dipuji, Kenapa Netizen Risau Pula Lihat Lim Jiyeon Dalam ‘Lies Hidden In My Garden’?

Meski Lakonan Dipuji, Kenapa Netizen Risau Pula Lihat Lim Jiyeon Dalam ‘Lies Hidden In My Garden’?

Ada tak yang tengah layan drama “Lies Hidden in My Garden” sekarang?

Bagi yang belum tahu, “Lies Hidden in My Garden” yang diterajui Kim Tae-hee dan Lim Ji-yeon, mengikuti kisah ngeri keluarga yang mematahkan ilusi ‘rumah bahagia dengan taman’. Ianya melibatkan syak wasangka dan kebangkitan seorang suri rumah yang menikmati kebahagiaan di rumah sempurna namun, dicemburui orang lain.

Khususnya, watak Lim Ji-yeon sebagai Sang-eun, iaitu seorang wanita hamil 5 bulan yang mengalami penderaan domestik oleh suaminya, telah menarik perhatian ramai. Tambahan pula, wataknya kali ini adalah jauh berbeza dari peranannya dalam “The Glory”, di mana pelakon itu membawa penampilan sebagai wanita yang tidak kemas dan wajahnya yang lesu kerana didera.

lim jiyeon lies hidden in my garden

Meskipun lakonannya dipuji ramai namun, ada sesetengah penonton telah meluahkan rasa kebimbangan mereka pada Lim Ji-yeon, kerana wanita itu nampaknya telah kehilangan banyak berat badan untuk wataknya.

Dalam satu adegan di mana Sang-eun menanggalkan jaketnya, lengan kurus dan tulang selangkanya jelas kelihatan. Biarpun begitu, ada juga yang kagum melihat usaha Lim Ji-yeon untuk menghidupkan wataknya, dengan menurunkan berat badan.

Semoga Lim Ji-yeon sentiasa menjaga kesihatannya..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...