Selepas “The Glory”, pelakon hebat Lim Ji-yeon akan kembali menemui penonton menerusi drama baru “Lies Hidden In My Garden”.
Untuk pengetahuan, “Lies Hidden In My Garden” mengikuti kisah ngeri keluarga yang mematahkan ilusi ‘rumah bahagia dengan taman’. Ianya melibatkan syak wasangka dan kebangkitan seorang suri rumah yang menikmati kebahagiaan di rumah sempurna namun, dicemburui orang lain.
Dalam drama ini, Lim Ji-yeon akan menghidupkan watak Sang-eun, seorang isteri daif yang dilayan buruk suaminya.
Ketika sesi temu bual, pelakon itu menjelaskan mengenai wataknya sebagai Sang-eun yang berbeza dari drama “The Glory”. Jelasnya,
Ia adalah projek yang telah saya pilih sebelum ‘The Glory’ dikeluarkan, tetapi kebetulan saya akhirnya memainkan watak yang berbeza. Daripada mahu menghilangkan watak saya sebelum ini, saya berasa teruja kerana saya dapat menunjukkan sisi baru diri saya kepada penonton.
Kemudian, Lim Ji-yeon turut berkongsi mengenai cara dia mendalami wataknya itu,
Saya berlakon sambil memikirkan bagaimana rasanya menjadi seorang wanita tanpa sebarang perasaan atau emosi. Saya juga berdiri di hadapan kamera tanpa memakai sebarang solekan.
Selain itu, Lim Ji-yeon juga bercakap tentang keserasiannya bersama Kim Tae-hee dalam drama ini,
Ini adalah kali pertama saya bekerjasama dengan Tae-hee dan ia benar-benar hebat. Saya sentiasa mahu berlakon dengannya dan saya teruja apabila dapat tahu kami akan membintangi drama ini bersama. Dia membuatkan saya berasa selesa dan ‘chemistry’ lakonan kami sangat hebat.
Sementara itu, “Lies Hidden In My Garden” akan mula ditayangkan pada 19 Jun ini. Jangan lupa tonton!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉