Ikuti Kami:

Hamba Dinasti Joseon, Lim Jiyeon Terima Tawaran Untuk Terajui Drama Sejarah ‘Tale Of Mrs. Ok’

Hamba Dinasti Joseon, Lim Jiyeon Terima Tawaran Untuk Terajui Drama Sejarah ‘Tale Of Mrs. Ok’

Selepas “The Glory”, Lim Ji-yeon pastinya telah menerima banyak tawaran lakonan.

Terbaru pada 17 Mei, media melaporkan bahawa Lim Ji-yeon akan terajui drama sejarah baru berjudul “Tale of Mrs. Ok”.

Tidak lama kemudian, agensi pelakon itu memberi respon,

‘Tale of Mrs. Ok’ adalah salah satu projek yang dia telah ditawarkan untuk muncul.

Untuk pengetahuan, “Tale of Mrs. Ok” ialah drama yang mengisahkan tentang kelangsungan hidup dan kisah kejayaan seorang hamba dalam Dinasti Joseon, yang memalsukan nama, status dan juga suaminya.

lim jiyeon

Selain itu, Lim Ji-yeon dilapor menerima tawaran untuk memainkan watak hamba Goo-deok, seorang yang meninggalkan namanya dan memalsukan segala-galanya untuk menjalani kehidupan baru sebagai perempuan simpanan.

Nantikan maklumat lanjut untuk “Tale of Mrs. Ok”!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...