Ikuti Kami:

“Saya Takut..” – 6 Tahun Jadi Isteri, Gummy Dedah Sebab Tak Buat Majlis Kahwin Dengan Jo Jungsuk

“Saya Takut..” – 6 Tahun Jadi Isteri, Gummy Dedah Sebab Tak Buat Majlis Kahwin Dengan Jo Jungsuk

Gummy telah menceritakan kisah disebalik perkahwinannya.

Terbaru, Gummy telah membuat kemunculan sebagai tetamu dalam rancangan “Zip Dae-sung” yang dihoskan oleh Dae-sung BIG BANG.

Ketika berbincang mengenai majlis perkahwinan, Gummy berkata,

Sejujurnya saya rasa takut, sebab itu saya tak buat sebarang majlis semasa berkahwin dulu. Siapa yang patut saya jemput, dan siapa yang saya tak perlu jemput, semuanya sangat susah untuk saya tetapkan.

gummy (3)

Tambahnya,

Disebabkan itu, sampai sekarang masih terdapat segelintir yang tidak mengetahui bahawa saya dan suami (Jo Jung-suk) tak pernah adakan sebarang majlis untuk meraikan perkahwinan kami.

Sementara itu, Gummy telah berkahwin dengan pelakon terkenal Jo Jung-suk pada tahun 2018 yang lalu. Mereka kemudiannya telah dikurniakan dengan seorang anak perempuan.

Tak apa asalkan perkahwinan yang dibina tu kekal bahagia kan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Herald Pop

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...