Ikuti Kami:

“Penampilan Dia Buat Saya..” – Gummy Dedah Kisah Percintaan Bersama Jo Jungsuk

“Penampilan Dia Buat Saya..” – Gummy Dedah Kisah Percintaan Bersama Jo Jungsuk

Gummy telah berkongsi kisahnya yang tidak pernah dia ceritakan di mana-mana rancangan TV.

Penyanyi Balada terkenal Korea iaitu Gummy dan Kim Bum-soo telah membuat penampilan di dalam rancangan “Dolsing Fourmen” pada 28 November.

Di mana, Gummy yang juga merupakan isteri kepada pelakon terkenal Jo Jung-suk, telah mendedahkan satu kenyataan yang tidak pernah dia ceritakan di mana-mana.

Katanya,

Saya tak pernah ceritakan ni di mana-mana rancangan. Tapi, saya mula jatuh cinta dengan suami saya selepas saya nampak penampilan dia yang sangat kelakian.

Tambahnya,

Kami sering berjumpa sebab kami terlibat di dalam drama yang sama. Dari situ kami kenal satu sama lain serta luahkan perasaan kami sebelum kami berdua bercinta dan berkahwin. Malah, kami juga dikurniakan anak perempuan yang cantik.

gummy (2)

Kenyataan yang dibuat oleh Gummy itu telah membuatkan ahli rancangan tersebut cemburu akan hubungan romantik pasangan itu.

Terasa sunyi pula hidup lepas dengar cerita Gummy ni.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...