Ikuti Kami:

“Saya Tak Yakin Dengan Muka Saya” – Kenyataan V BTS Buat Peminat Terkejut

“Saya Tak Yakin Dengan Muka Saya” – Kenyataan V BTS Buat Peminat Terkejut

V BTS, yang terkenal dengan ‘visual’nya yang luar biasa, telah memberi kenyataan yang mengejutkan peminat.

Pada 16 Mei, DVD “BTS 2021 MUSTER SOWOOZOO” yang mengandungi butiran konsert BTS di Seoul telah dikeluarkan. Untuk pengetahuan, DVD itu telah memuatkan pelbagai cerita, termasuk video ‘Behind The Scenes’ yang menunjukkan penampilan BTS di atas pentas dan luar pentas serta temu bual ikhlas bersama ahli.

Apa yang menarik perhatian peminat adalah kenyataan V yang mengejutkan ketika sedang berlatih untuk konsert mereka. V, yang sedang memeriksa wajahnya melalui kamera, membuat kenyataan yang tidak masuk akal. Katanya,

Saya dah semakin tua. Saya tidak yakin dengan wajah saya.

v bts

Sebagai tindak balas kepada kenyataan V, peminat berkata,

Apa yang awak cakapkan?

Antara semua perkara yang saya dengar tahun ini, ini yang paling membuatkan saya kecewa.

Tae-hyung…awak cakap apa ni?

Untuk pengetahuan, V merupakan ‘Lelaki Paling Kacak Dunia’ yang dipilih oleh Nubia Magazine 2021, TC Candler, dan merupakan orang teratas yang berkaitan dengan carian ‘Lelaki Paling Kacak’ di Google selama 10 tahun yang lalu.

v bts

V kacak lah!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...