Utama Drama Korea “Saya Tak Tonton Kerana Malu” – Kim Sejeong Ulas Babak Intim ‘Panas’...

“Saya Tak Tonton Kerana Malu” – Kim Sejeong Ulas Babak Intim ‘Panas’ Dalam ‘A Business Proposal’

kim sejeong ahn hyoseop

Mesti ramai yang belum move on daripada “A Business Proposal” kan?

Meskipun plot klise, namun drama komedi romantik ini menjadi kegemaran ramai kerana keserasian kedua-dua pasangan teraju utamanya.

kim sejeong

Bahkan hal itu diakui oleh Kim Se-jeong sendiri menerusi sebuah temubual baru-baru ini. Katanya mengenai keserasian bersama Ahn Hyo-seop,

Ahn Hyo-seop dan melodrama sangat sesuai bersama. Terdapat banyak babak yang mengandungi ad-lib secara spontan. Babak melodrama antara kami nampak serasi kerana keduanya dapat membaca aliran masing-masing. Sebab itu, ia menjadi melo yang tidak membebankan. Ahn Hyo-seop juga merupakan seorang pelakon yang bertimbang rasa dan sangat memahami orang lain.

Keserasian mereka turut dapat dilihat menerusi adegan intim yang dipaparkan ketika episod hujung drama itu. Jelas Kim Se-jeong,

Saya tidak mempunyai sebarang ketakutan terhadap aksi intim. Produser Park Seon-ho sangat bertimbang rasa ketika di set. Dia sangat menjaga agar tidak menggangu suasana. Sebenarnya, dia boleh merakam dengan lebih lama dan dari pelbagai sudut berbeza, namun dia menahannya kerana risau akan mengganggu konsentrasi kami. Saya sangat berterima kasih dan bersyukur selepas merakamkan babak itu. Sejujurnya, secara peribadi, saya tak boleh menontonnya kerana malu.

ahn hyoseop kim sejeong

Untuk pengetahuan, “A Business Proposal” merupakan kisah cinta kontrak antara bos syarikat dan stafnya di mana ia berjaya meraih rating tinggi sepanjang tayangannya.

Kim Se-jeong pun segan nak tonton.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERSports Chosun
Loading...