Ikuti Kami:

Terbukti Popular, Pengikut IG Pelakon Utama ‘A Business Proposal’ Melonjak Naik Berjuta

Terbukti Popular, Pengikut IG Pelakon Utama ‘A Business Proposal’ Melonjak Naik Berjuta

Tidak dinafikan bahawa “A Business Proposal” berjaya membuatkan ramai yang mengimpikan kisah cinta yang berbunga-bunga dek keserasian kesemua teraju utamanya.

Disebabkan oleh kejayaan drama itu di Korea dan juga luar negara, tak peliklah Ahn Hyo-seop, Kim Se-jeong, Seol In-ah dan Kim Min-gyu mula meniti di bibir peminat K-Drama.

Bahkan populariti mereka terbukti apabila jumlah pengikut akaun Instagram mereka meningkat dengan mendadak sejak drama itu ditayangkan.

ahn hyoseop kim sejeong

Bagi Kim Se-jeong, jumlah pengikutnya bertambah sebanyak sejak awal tayangan “A Business Proposal” menaik dari 3 juta kepada 6,309,904 pada hari ini. Manakala Seol In-ah pula menunjukkan peningkatan sebanyak 2,394,660 pengikut dalam sebulan ini lantas jumlah pengikut wanita itu berada di angka 3,688,791 sekarang ini.

Ahn Hyo-seop pula meraih lebih 3 juta pengikut baru dan mempunyai 6,808,444 buat masa ini. Pengikut Kim Min-gyu turut menyaksikan peningkatan hebat iaitu sebanyak 1,949,280 dan memiliki 3,905,547 kini.

seol inah kim mingyu

Anda dah follow ke belum?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...