Siapa sangka kan, perkahwinan Min-hwan F.T. Island dan Yul-hee LABOUM hanya bertahan selama 5 tahun.
Terbaru menerusi program “The Return of Superman”, Min-hwan ada berkongsi tentang reaksi keluarganya, selepas memberitahu bahawa dia sudah bercerai dengan isterinya.
Kongsinya,
Apabila saya beritahu ayah saya, dia berkata ‘Awak dah lakukannya dengan baik. Awak mesti sudah banyak memikirkannya. Saya hanya mahu awak hidup bahagia dan saya menghormati keputusan awak.’
Luah lelaki berusia 32 tahun itu lagi,
Saya sebenarnya tak terus beritahu ayah saya apabila saya bercerai. Hanya selepas beberapa ketika, baru saya berkongsi dengannya dan dia hormat keputusan saya. Sebab itulah dia ayah yang hebat untuk saya.
Bagi yang belum tahu, Min-hwan dan Yul-hee telah berkahwin pada 2018 dan memutuskan untuk bercerai pada Disember tahun lalu.
Semoga mereka bahagia dalam kehidupan masing-masing..