“Saya Tak Terbeban Dengan Babak Ranjang” – Kim Youngkwang Ulas Watak Dalam ‘Somebody’
- oleh irsa
- 4 tahuns lalu
Nampaknya siri “Somebody” di Netflix terus hangat diperkatakan!
Meskipun menampilkan plot pembunuh kejam, namun “Somebody” sepertinya menjadi sebutan ramai dek babak ranjang yang memenuhi hampir saban episod.
Jelas Kim Young-kwang jujur menerusi sebuah temubual eksklusif,
Saya berasa keliru menontonnya selepas ia bersiaran. Saya risau bagaimana penonton menerimanya. Saya mahu mereka menontonnya dengan baik.

Disebabkan banyak babak ranjang hingga diberi ‘had tontonan 29 tahun ke atas’, lelaki itu turut memberikan pendapatnya,
Saya tahu ianya 19 tahun ke atas tapi ianya tak terasa melampau. Walaupun Yun-oh nampak menakutkan tapi dia seorang yang lembut. Seperti pengarah, saya menerimanya sebagai ‘melodrama mengejutkan’.
Jelasnya lagi, dia tidak terbeban dengan babak ranjang itu kerana ianya bersatu baik dengan plot drama berkenaan.

Untuk pengetahuan, “Somebody” ialah drama thriller berkisar mengenai satu pembunuhan yang berlaku dalam sebuah aplikasi perhubungan sosial bernama ‘Somebody’. Pereka serta rakan disekeliling kemudiannya berbelit dengan seorang lelaki misteri selepas kejadian tersebut.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




