Ikuti Kami:

“Dia Setuju Sangat” – Pengarah ‘Somebody’ Ulas Babak Ranjang Kim Youngkwang

“Dia Setuju Sangat” – Pengarah ‘Somebody’ Ulas Babak Ranjang Kim Youngkwang

Meskipun menerima respon berbelah bagi, nampaknya “Somebody” tetap tersenarai tinggi di beberapa negara termasuklah Malaysia di tangga ketiga.

Walaupun menampilkan plot thriller jenayah yang berat namun ramai yang lebih menumpukan kepada babak ranjang pada hampir saban episodnya. Bahkan penonton terkejut melihat Kim Young-kwang yang dikenali dengan watak naif dan baik sebelum ini memilih untuk menerima watak berkenaan.

Dalam sebuah temubual eksklusif, pengarah Jung Ji-woo sempat berkongsi dengan lebih lanjut mengenai babak berkenaan.

netflix somebody

Katanya,

Sudah semestinya saya memberitahu Kim Young-kwang mengenai babak bogel berlebihan sebelum penggambaran bermula. Zaman sekarang, kesemua hal mengenai penggambaran, bagaimana ianya mahu dirakamkan perlu diberitahu lebih awal secara terperinci pada para pelakon. Kalau tak buat macam itu, ia mungkin akan menimbulkan masalah. Saya juga menceritakan dengan jelas pada Kim Young-kwang.

Jelas pengarah itu lagi, dia yakin bahawa pelakon tersebut mampu membawa watak berbeza dari yang biasa dibawanya iaitu lelaki romantik dan klise.

netflix somebody

Untuk pengetahuan, “Somebody” ialah drama thriller berkisar mengenai satu pembunuhan yang berlaku dalam sebuah aplikasi perhubungan sosial bernama ‘Somebody’. Pereka serta rakan disekeliling kemudiannya berbelit dengan seorang lelaki misteri selepas kejadian tersebut.

Mungkin Kim Young-kwang nak cuba sesuatu yang baru.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...