Ikuti Kami:

“Mereka Bijak” – Plot Dikritik, Ramai Lega Kim Soohyun & Han Hyojoo Tolak Terajui ‘Somebody’

“Mereka Bijak” – Plot Dikritik, Ramai Lega Kim Soohyun & Han Hyojoo Tolak Terajui ‘Somebody’

Ramai ke sudah menonton drama “Somebody” yang telah beberapa hari bersiaran di Netflix?

“Somebody” ialah drama thriller berkisar mengenai satu pembunuhan yang berlaku dalam sebuah aplikasi perhubungan sosial bernama ‘Somebody’. Pereka serta rakan disekeliling kemudiannya berbelit dengan seorang lelaki misteri selepas kejadian tersebut.

Menurut respon ramai, rata-ratanya meluahkan rasa kecewa dengan jalan ceritanya yang ‘slow’ dan tidak mempunyai inti pati yang padat untuk mengikat keseluruhan plot. Selain terlampau babak ranjang yang sebenarnya tidak diperlukan untuk menyampaikan kisah utama drama itu.

netflix somebody

Pun begitu, penonton memuji lakonan yang ditonjolkan oleh teraju utamanya seperti Kim Young-kwang, Kang Hae-rim, Kim Yong-ji dan Kim Su-yeon dek percubaan berani mereka untuk mengukuhkan profil sebagai pelakon.

Disebabkan cerita ini sedang menjadi bualan semua, sebuah entri di Twitter nyata menjadi perhatian ramai. Katanya “Somebody” sebenarnya pernah ditawarkan buat pelakon Kim Soo-hyun dan Han Hyo-joo pada awalnya sebelum ditolak.

Menurut sumber industri, kedua pelakon masyhur itu menolak drama berkenaan dek konflik jadual selain tidak mencapai persetujuan mengenai beberapa aspek dalam naskhah tersebut.

Komen netizen mengenai pendedahan ini,

Mereka berjaya lepaskan diri..

 

Bagus anda buat keputusan.

 

Saya je ke rasa drama ni okay?

 

Tak faham plot..

 

Teringin nak tengok Kim Soo-hyun dan Han hyo-joo berlakon sekali.

 

Trailernya je nampak best

 

Tapi watak ini memang sesbuai dibawa kim young-kwang. Tengok senyuman gilanya.

Apa pendapat anda?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...