Sudah dua hari ditayangkan, nampaknya pelbagai reaksi berbeza yang diberikan oleh penonton selepas menonton “Somebody” di Netflix.
“Somebody” ialah drama thriller berkisar mengenai satu pembunuhan yang berlaku dalam sebuah aplikasi perhubungan sosial bernama ‘Somebody’. Pereka serta rakan disekeliling kemudiannya berbelit dengan seorang lelaki misteri selepas kejadian tersebut.
Meskipun membawa kisah berat mengenai lelaki dan wanita psiko yang taksub membunuh, rata-rata penonton sepertinya lebih banyak berbual mengenai adegan ranjang yang dipaparkan hampir saban episod siri itu.
Ada yang mengatakan bahawa plot “Somebody” berkembang dengan perlahan dan tidak menyelam dengan lebih mendalam mengenai masalah yang dihadapi Sung Yun-oh (Kim Young-kwang). Bahkan drama ini sepertinya hanya menekankan babak intim antara lelaki itu dan mangsanya selain bersama Kim Sum (Kang Hae-rim).
Adegan 18 tahun ke atas ini membuatkan penonton tertanya-tanya sekiranya siri ini hanya mahu menjual plot provokatif berbanding jalan cerita asalnya mengenai pembunuh yang menggunakan aplikasi mencari cinta untuk mencari mangsa.
Pun begitu, lakonan hebat Kim Young-kwang sebagai si psiko Yun-oh turut meniti di bibir ramai. Walaupun popular dek filem “On Your Wedding Day”, lelaki itu bagaimanapun gagal untuk membuktikan bakatnya dalam pelbagai naskhah lain. Namun “Somebody” pastinya akan mengubah persepsi ramai mengenainya.
Apa pendapat anda?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.