Lagu Psy “Gangnam Style” memang tidak dinafikan adalah lagu yang pasti diketahui ramai termasuklah mereka yang tidak meminati K-Pop.

Baru-baru ini, Psy telah terlibat dengan temu bual bersama New York Times, di mana dia berkongsi pandangannya mengenai populariti lagu “Gangnam Style”.
Untuk pengetahuan, sudah 10 tahun sejak kali pertama lagu itu mula dikeluarkan oleh Psy. Ketika sesi temu bual, penyanyi itu mengaku bahawa dia merasa tertekan untuk melancarkan lebih banyak lagi lagu ‘hit’. Jelasnya,
Semasa lagu itu sedang hot, saya dikejar paparazi, sertai Justin Bieber dalam agensi yang sama, mengeluarkan single dengan Snoop Dogg. Saya merasakan tekanan untuk melakukan satu lagi lagu ‘hit’.
Tambahnya lagi,
Saya terus memberitahu diri saya sendiri ‘Mari kita buat satu lagi lagu hit’, tetapi akhirnya saya tetap tidak dapat mencipta lagu yang hit seperti ‘Gangnam Style’.
Masih keliru dengan kejayaan “Gangnam Style”, Psy turut berkata,
Lagu itu ditulis oleh orang yang sama, gerakan tarian dilakukan oleh orang yang sama dan persembahan juga dilakukan oleh orang yang sama. Mereka semua sama, jadi apa yang istimewa tentang lagu ‘Gangnam Style’? Saya masih tidak tahu sehingga ke hari ini.
Haa korang rasa kenapa?