Utama K-Pop Kekal Jadi MV Korea Paling Banyak Ditonton, Psy ‘Gangnam Style’ Cecah 4.5...

Kekal Jadi MV Korea Paling Banyak Ditonton, Psy ‘Gangnam Style’ Cecah 4.5 Bilion Tontonan

psy gangnam style

Lagu Psy “Gangnam Style” memang lagu yang paling ikonik, kan?

Terbaru pada 4 Ogos, lagu tersebut sekali lagi telah mencipta rekod hebat apabila ia berjaya mencapai lebih 4.5 bilion tontonan di YouTube.

Dengan pencapaian tersebut, lagu Psy “Gangnam Style” kekal menjadi lagu bahasa Korea dan salah satu daripada 10 muzik video yang paling banyak ditonton sepanjang masa.

Untuk pengetahuan, lagu “Gangnam Style” pertama kali dikeluarkan pada 15 Julai 2012 bermakna, ia mengambil masa kira-kira 10 tahun dan 20 hari untuk meraih 4.5 bilion tontonan. Menakjubkan!

Jom dengar lagu ini sekali lagi di atas!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERYouTube
Loading...